π Peperiksaan Percubaan UPSRI 2026
Peperiksaan Percubaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah Islam (UPSRI) Sekolah Rendah Islam Ar Rahmah telah berlangsung bermula 15 September hingga 25 September 2026.
Seramai 27 orang pelajar Tahun 6 telah menduduki peperiksaan percubaan ini sebagai persediaan dan latihan sebelum menghadapi peperiksaan UPSRI yang sebenar. Peperiksaan ini merupakan salah satu usaha untuk mengukur tahap penguasaan pelajar dalam pembelajaran serta membantu mereka membuat persediaan yang lebih rapi dari segi akademik dan mental.
Pihak sekolah mendoakan agar semua pelajar dapat menjawab setiap soalan dengan tenang, teliti dan penuh keyakinan. Semoga segala usaha, kesungguhan dan pengorbanan yang telah dicurahkan sepanjang sesi pembelajaran membuahkan hasil yang membanggakan.
Selamat menduduki peperiksaan buat semua calon Tahun 6. Teruskan berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang.
Ψ¨ΩΨ§ΩΨͺΩΩΩΩΩΩΩΩΩ ΩΩΨ§ΩΩΩΩΨ¬ΩΨ§ΨΩ
Bittaufik wan Najah — Semoga berjaya! ππ
